Sempena majlis konvokesyen yang akan diadakan kali ke-27,Ambe merupakan salah seorang graduan yang akan menerima scroll...happy sesangat. So, nervous bukan main menanti hari yang semakin menjelang tiba. Majlis yang berjalan sepanjang tiga hari, dalam lima sesi...dan Ambe dijadualkan untuk hari ketiga. Bachelor of IRKHS and Education telah dijadualkan pada hari terakhir, iaitu pada hari isnin 10/10/2011. Hari bekerja dan harapnya takkan berlaku kesesakan dalam UIA sebab sewaktu Ambe datang untuk tumpang squating kat bilik junior on Sunday, jalan sesak giler. Kalaulah Ambe berdegil nak naik bas, jawabnya sampai ke malam memang tetap tak dapat masuk UIA. Nasib baik gaklah terfikir nak naik teksi.
Waktu nak makan malam, terserempak dengan Diana dengan ayah dan adik2 dia. Emak dia tak kelihatan lak. Maybe boleh jumpa pada hari esok...Malam tu, tak leh nak tido. Asyik terfikirkan pasal konvo je. Last2 Ambe berjaga sambil tengok drama Korea bertajuk Lie To Me. Sekali dengar tajuk, macam cerita bersiri orang putih tapi berbeza. youu know how Korean storyline goes on...Interesting and refreshing. Nooomu chua...!!!!
Ambe terjaga pukul enam pagi. terasa mata bengkak sebab tak cuukup tido. Yelah, Ambe cuma dapat lelap bila jarum jam hampir tunjuk pukul 3 pagi. Kalah orang nak kahwin kot...hehehe tapi feeling tu memang dah ada sebab Ambe pernah tolong kawan2 Ambe yang konvo tahun lepas... Nak tengok gambar2 yang Ambe ambik waktu tahun lepas??? hehehe meh Ambe tunjuk sikit....
Haaa...lawa tak??? muuka macam budak lagi waktu tu...sekarang dh lain...maybe sebab selalu stress pasal kerja huhuhuhu...
Seronok sangat sebab dapat jumpa balik semua orang. Paling seronok bila dapat jumpa Jannah dan Zahidah. Jannah dh kerja kat S'pore, sementara Zahidah lak dapat sambung belajar kat UM. Dia amik master dalam bidang usuluddin. jelesnye...Ambe nak sambung jugak tapi.....banyak sebab yang menghalang Ambe dari meneruskan niat Ambe. Anyway, next time masih ada...InsyaAllah Ambe akan sambung jugak walaupun lambat sikit dari orang lain.
Ini lak gambar2 Ambe sebelum masuk dewan CAC;




No comments:
Post a Comment