Pages

Friday, 26 August 2011

Pra-Aidilfitri

Salam my dearest Dairy...Just a few days before the coming Freedom day for Muslims...Aidilfitri. Yes!!! Hehehe actually i'm the most happiest expecting Aidilfitri this year especially my little brother will be here, to celebrate hari raya together... Well, it's natural you see...he wouldn't be back for quiet sometimes after this...How could he always back home if it's require much money for plane ticket etc...So, we have to be understanding... And i'm happy to know he's been a big help to mom at home. I think i can say proudly that he's my pride and i'm really going to take care of him, protect him... He's someone you'll feel easy to be with. Eventhough he's my brother, he's one of my best friend...

Okay, let's back to the main point....

Hari ni hari paling seroooonok...sebab dapat gaji. Wow! seronoknya. Besides, dapat sedikit bonus. Alhamdulillah, Ambe suke sangat. Seronok bebenor lah hari ni. Lepas ketepikan mana-mana yang nak dijadikan duit raya di pagi lebaran nanti, adalah lebih sikit. Ambe fikir, nak buat beli pape yang patut untuk parents kat kampung. walaupun tak boleh nak hulur duit banyak, at least i can do something in my own way. Also, my manager gave a little bit kuih raya-tempeyek and kuih bangkit. Parents Aisyah Humairah lak bagi bahulu berinti... Alhamdulillah, rezeki Ambe banyak sangat tahun ni. Ambe syukur sangat2 sebab dapat kenal dengan orang yang baik2.

Pukul 6.30 petang, Ambe bertolak dari Cheras bersama dua bag besar. satu beg pakaian yang Ambe isi dengan 6 bekas nata de coco, satu lagi beg Ambe isi dengan kerepek dan kuih pemberian orang. Perjalanan yang jauh tu terasa sekejap je. Takdelah terasa berat beg yang berisi nata de coco sebab Ambe letak je, bukan kena angkat sepanjang perjalanan. hari ni, Ambe berbuka dalam tren. Not bad. takdelah teruk sangat. Bekal Ambe, nasi dengan daging bersama air tin laici dan kuih. 

Ambe sampai dalam kul 7.45 malam kat stesen Shah Alam. Adik dan abang ipar Ambe sudah pun menunggu. Adik Ambe terkejut sakan bila angkat beg baju. Berat siot tu... dan dia tolong angkat bawa masuk kereta. Esok Ambe kena balik Cheras balik sebab barang Ambe belum habis lagi. Ambe datang sehelai sepinggang ke rumah kakak. well, esok kena keluar awal untuk kemas rumah kat sana. kalau kawan Ambe dah kemaskan, Alhamdulillah. Kalau belom, Ambe akan settlekan mana yang belom settle tu.

Dalam pukul 9 lebih malam, kami ke Econsave yang baru buka dekat dengan rumah kakak Ambe...Mungkin ini kot tabiat orang yang ada duit dalam tangan...membeli tak ingat diri. tapi Ambe tak rasa apa yang Ambe beli tu membazir sebab semua barang tu nanti akan dibawa balik kampung untuk emak. Sedar tak sedar, habis jugak dalam RM150 termasuk kasut untuk Ambe dan sandal untuk emak. Harap2 emak suka dengan pilihan Ambe.

Menurut plan kakak dan abang Ambe, esok kitorang keluar lepas zohor sebab nak terus berbuka kat luar. lagipun Ambe rasa bukan senang nak dapat barang2 adik Ambe yang ni. Jadi, Ambe tak kisah. Apa-apa aje asalkan dapat settlekan semua. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, esok Ambe ada bawak banyak barang jugak. Ambe lupa tentang kek coklat yang Ambe beli dengan salah seorang parents Ambe. Jujur Ambe cakap, kek coklat tu memang best. Sedap sangat. Sebab tu Ambe beli. Nanti boleh bagi semua ahli keluarga Ambe cuba. Ambe suka kalau dapat share apa yang Ambe suka dengan keluarga Ambe.

Friday, 19 August 2011

Memori kasih kita

Memori... Macam-macam yang kita dengar tentang perkataan memori...memori atau ingatan sesuatu yang sangat penting sehinggakan ada yang merana kerana hilang cebisan memori yang mungkin pada orang lain adalah sia-sia tetapi bagi sesetengah orang, sesuatu yang terlalu berharga...itu baru sikit... kalau dengar lagu lak...mak oih! banyak benar yang bercerita tentang memori sedih atau gembira... contohnya, lagu yang pernah dipopularkan oleh Nasir Wahab, Memori Cinta Luka... best kan lagu tu?

Haaa...ce fikir betul-betul... sepanjang kita bernafas di muka bumi Allah yang luas ni, Ambe memang sure yang semua orang pernah melalui pelbagai pengalaman, suka atau duka yang akhirnya terpahat kukuh dalam ingatan, menjadi satu kenangan samada suka atau tidak. Ambe sendiri akui yang hidup Ambe pun banyak dugaan...halangan...dan ada sesetengah perkara Ambe simpan sendiri, tak pernah Ambe kongsi dengan dengan sesape pun sebab bagi Ambe itu rahsia Ambe...patut Ambe simpan sendiri. lagipun, tak semua rahsia itu boleh dikongsi, kan???

Okay, berbalik pada cerita asal...sebenarnya, pokok pangkal cerita Ambe pada kali ini adalah gambar foto...selama kita hidup, mesti kita tak lari dari ambik foto... Ala, buat kenang-kenangan. Boleh wat tengok masa dah tua-tua nanti. Kita bukan bertambah muda, makin tua berkedut adalah... Kalau sekarang umur 20an seksok lusa sampai gak umur 40 tahun. Tapi bila zaman bertambah canggih, wujud le pulak kamera digital menggantikan kamera yang guna filem. Zaman dulu glamour benor le guna filem jenama KODAK etc.

Nak dijadikan cerita, sejak kecik-kecik, keluarga Ambe ni boleh ler dikatakan orang susah...orang kampung...biasalah, hidup pun bergantung pada sumber alam. contohnya menoreh getah gitu...takdelah mundur benor, majulah jugak seposen. Dulu-dulu, nak ambik gambar tu bukan main susah. nak beli kamera tu memang tak pernah wujud dalam kamus hidup. dan bila dapat ambik foto, foto tu tak tahan lama disebabkan kemendapan udara yang akhirnya merosakkan mana-mana gambar penting yang kami simpan.

Oleh kerana itu, bila Ambe dah masuk U, dah kenal dengan dunia luar serba sedikit, Ambe amik peluang dan belajar. Bila Ambe dah ada laptop sendiri, Ambe beli pulak telefon yang ada kamera. Senang sikit bila nak ambik gambar...bila Ambe dan simpan banyak2...betul2 treasure semua memori yang ada, ada lak yang cemburu. Laptop dengan semua barang komputer Ambe kena curi. habis semua gambar yang Ambe simpan bertahun-tahun dalam laptop hilang macam tu.

disebabkan musibah tersebut, Ambe jadi fobia sikit... bukan sikit, banyak la jugak. Sampai Ambe duk kelek, maksudnya, bawak ke mana aje yang Ambe pergi, Ambe bawak laptop dan semua barang berharga Ambe. Laptop? bukan laptop, netbook je. Tu pun adik Ambe yang punya. memandangkan dia masih sekolah, jadi Ambe ambik la dulu. Ala... tu pun adik Ambe dapat dari sumbangan Kerajaan Malaysia melalui Inisiatif  Jalur Lebar Negara. Pendek kata, ramailah pelajar sekolah menengah yang dapat. Dan adik Ambe merupakan salah seorang yang bertuah kerana berpeluang diberi netbook ni. Disebabkan kesempitan yang Ambe lalui, Ambe pun mintalah izin adik Ambe dulu. Alhamdulullah, dia tak kisah dan Ambe benar-benar bersyukur dengan sikap baik hati adik Ambe tu.

Ambe ada beli dua album gambar  besar. Kebetulan Ambe jumpa yang murah. dalam RM20/1 album. Ada lah dalam 40 pages, murah kan? Dan yang paling penting, cover album tu warna hijau. Sweet sangat. Nanti Ambe masukkan gambar album tu, bila AMbe dah cuci. Ambe pun dah sort of mana-mana gambar yang Ambe nak cuci. gambar-gambar yang lain, Ambe akan simpan dalam beberapa salinan. Manalah tahu, kalaulah ditakdirkan Ambe terkena musibah sekali lagi, sekurang-kurangnya Ambe ada yang mampu diselamatkan...

Sebagai kesimpulan, hargailah setiap memori yang kalian cipta kerana memori takkan berulang. Antara cara yang selamat untuk menympan memori adalah melalui gambar-gambar di dalam album yang diberikan nama dan title. dengan itu, mudahlah bagi kita untuk kembali mengimbas kenangan manis. Bagi kenangan pahit, jadikan teladan dan sempadan.

Sunday, 14 August 2011

Hari-hariku

Hai,

I guess it's weird to leave the alphabet 'h' from spelling Ramadhan. Right now its been RAMADAN not RAMADHAN anymore. But apa boleh buat, we live in the world full of rules and regulations. Kena akur pada yang memegang kuasa. Tak gitu? Kalau dah ditetapkan tiada huruf 'h' dalam ejaan Ramadhan. But as long as keep dearly the meaning, it's fine by me... i guess...

Well....i guess it's trilling to start writing a blog of my own. I want to write everything i feel and experience especially involving parents and students. Love affairs? Maybe not. But who knows, maybe someday...

So far till today, i think a might have satisfied with the progress i have been through all my life...even so, ada jugak lah beberapa pristiwa yang Ambe betul-betul harap takkan pernah terjadi dalam hidup Ambe sebab ia mempengaruhi masa depan dan cara Ambe berfikir. Cuma satu je, Ambe betul2 bersyukur sebab dikurniakan sebuah keluarga yang cukup baik walaupun tak lengkap. Biasalah, takde satu orang pon kat dunia ni yang sempurna. so am i.

Ada satu hal je yang masih buat kepala Ambe ting tong...KERJA. when am i suppose to get a decent job, i mean the most suitable job according to my educational level. I'm a degree holder but still, looking for a job is tough. Ambe pernah gak merungut. Bukan sekali, berkali-kali. macam-macam yang bermain dalam fikiran Ambe. tak cukup baik ke Ambe ni untuk diuji sampai begini...Ambe akui Ambe cepat naik anggin, marah, buat muke...bak kate kawan Ambe, mu~sang je... tapi lepas Ambe fikir banyak-banyak, Ambe tak patut fikir gitu. bukan ape, segala yang terjadi tu memang dah ditentukan.

Sebut pasal kerja, bila agaknya keputusan kursus SPA yang Ambe pergi bulan 6 hartu nak keluar. Ambe tak sabar nak tahu. tapi dari gaya, Ambe macam takkan lulus je....risau la pulok bile duk bercerita pasal ni. Kalau cakap dengan emak, mesti-confirm-sure punye emak akan suruh sabar. Emak selalu cakap dengan Ambe macam ni : "Sabarlah kak ti...yakin dengan diri sendiri. Emak yakin dengan anak emak. Kak ti pasti boleh."

Hehehe...sammpai sekarang, itulah yang Ambe pegang, buat pemberi semangat. Semoga setiap dugaan yang dah duk beratur berderet-deret nak datang dalam hidup Ambe tu bersedia...sebab Ambe takkan jadi lemah macam Ambe setahun lalu.Ambe akan jadi contoh pada adik-adik Ambe yang berempat tu. sebab pada keluarga, Ambe ni anak sulung walaupun Ambe ada kakak...


Ramadhan Kareem

Hari ni dah masuk hari ke-14 puasa...sekejap je masa berlalu...rasa cam semalam baru start pose...tak lama lagi dah nak raye...opsss! persiapan raya belom settle sepenuhnya....i'll go through again one by one...


Baju-tudung-kasut raya dah ada~ memandangkan tahun ni Ambe start kerja, so pemberian duit raya satu kemestian. And i already have in minds who'll get these first year duit raya. Ambe dah buat list especially my students, relatives. So apparently i have to prepare lots of it~Next, kuih raya. Ini satu prob baru. Ambe belom start planning nak wat kuih ape pon lagi. or should i just by it this year? but it'll cost more then handmade. Kalo Ambe nak buat after cuti raya start, bout 2-3 days before raya...cm tak sempat lak. takkan nak buat 2-3 jenis je...at least kena 6-7 jenis gak..

Kalo lemang dgn ketupat tu jangan duk cakaplah...wajib tiap-tiap tahun...kalo takde lemang, ayah mesti tak lalu makan...kalo takde ketupat manis, emak lak yang tak ceria...walaupon ayah pernah kata buluh lemang susah nak diperolehi tapi i definitely know ayah akan dapatkan jugak...especially when Daman will be together with us this year. ayah would want everything be prepared perfectly....

Selain itu, kuih siput kuih yang paling wajib sebab sepanjang Ambe hidup, setiap kali lebaran, memang kami akan buat. sebab senang dan menyeronokkan. in fact, kami sengaja buat dalam amount yang cukup banyak so that once raya's over, everyone got share over it...dan kuih-kuih lain tu depends atas pembuatlah. lagipon tahun ni senang sikit sebab Daman dah belikan oven...tahun-tahun sebelum ni, ssh nak buat sebab ketiadaan oven.