Sepanjang berada di IIUM, tak terkira rasanya teman-teman yang Ambe ada. Antara yang paling Ambe sayang termasuklah Ayesha, Asyikin, Nabilah, Faradilla, Diana, Azwa, Fifah dan dua teman baik dari negara Singapura, Jannah dan Zahidah juga bebrapa orang lagi yang tak tersebut di mulut tetapi tetap mendapat tempat tertinggi dalam hati Ambe. Masing-masing memiiliki character sendiri yang cukup menarik bagi Ambe. dan Ambe selalu memikirkan yang mereka teman yang sangat baik. sentiasa ada bila susah dan senang tanpa mengira tempoh waktu bersahabat. Sekarang, masing-masing memiliki kehidupan sendiri, pekerjaan sendiri mengikut pilihan sendiri.
Kini merupakan satu tempoh yang cukup lama setelah kami mula mencipta langkah sendiri. kalau nak tahu perkembangan masing-masing, bukak je FB. Kadang-kadang rasa tak cukup jugak. Dihati teringin sangat nak bersua muka. Berkongsi pengalaman dansuka duka sejak mula berdikari.
Ayesha sekarang merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta di KL. I'm happy for her. Asyikin dan Fifah masing-masing sudah bertunang. insyaAllah dalam tahun depan mereka akan memiliki keluarga sendiri. Alhamdulillah. Jalan mereka dimudahkan.Anbilah merupakan seorang guru, begitu juga dengan Azwa. masing-masing memiliki sekumpulan anak2 yang mendambakan ilmu yang dimiliki untuk dikongsi bersama. Pasal Fara lak, Ambe tak pasti sangat. Tapi Ambe yakin, dia antara yang paling berjaya antara kami ramai2 ni. Jannah dan Zahidah lak jauh diseberang sana. Entah bila agaknya Ambe dapat menjejakkan kaki ke negeri singa tu. Hajat tu ada tetapi sukar dilaksanakan dek macam2 hal yang datang. sudahnya, Ambe simpan keinginan itu kemas2 dalam hati. InsyaAllah suatu hari nanti Ambe dapat gak ke sana. Denagr cerita Jannah kerja kontrak dalam bahagian admin dari isnin sampai jumaat. Hujung minggu lak kerja sebagai pembantu technician. 2 jobs at once. baguslah kalau nak cari duit. kalau dekat tempat Ambe duduk ni, macam mustahil je. Ambe ada gak teringin nak cari parrt time job tapi bila memikirkan pengangkutan, terus tak jadi. BIarlah dulu.
Sekarang Ambe bekerja bersama dengan Diana. Berkongsi suka duka bersama. Ambe seronok sangat berkawan dengan Diana sebab dia ni seorang yang baik hati. Alhamdulillah Ambe ditemukan dengan orang yang sangat baik untuk dijadikan sahabat, teman dan kawan sepanjang bernafas di muka bumi milikNya ini.

