Pages

Friday, 16 September 2011

Berjimat ke Berkira?

Ambe rasa ni bukan perkara baru dalam perjalanan harian dalam hidup kita. Ambe percaya,sedar atau tidak,kita berdepan dengan situasi yang membabitkan dua sikap di atas..Dalam sesetengah situasi, perkataan berjimat diaplikasikan. Kalau kena dengan cara dan keadaan,kita akan terima tanpa banyak bantahan. Kadang-kadang,bila kita sudah maklum dengan personaliti seseorang,we tend to decline and deny the excuse..

Ambe bercakap dari pengalaman Ambe sendiri. Pada usia 24 tahun Ambe tamat pengajian dan bergelar graduan universiti, dan Ambe bangga menggalas gelaran itu dipundak meskipun tidak secemerlang orang lain. Setidaknya Ambe pernah mencuba sedaya upaya Ambe. Pada usia menjangkau 25 tahun, Ambe mulakan dunia dewasa dengan melangkah ke alam pekerjaan. Di hati tersirat rasa takut dengan cabaran dan dugaan yang bakal muncul di sepanjang jalan yang terbentang di hadapan mata. Bukan Ambe tak pernah bekerja tetapi perasaan itu tidak sama. Dengan gelaran graduan, Ambe menggalas tugas dan tanggungjawab terhadap adik-adik Ambe yang masih berada di alam persekolahan. Lagi pula, dah terlalu lama rasanya Ambe bergantung harap pada parents Ambe. Sekaranglah masanya Ambe mulakan langkah pertama.

To be continued..

No comments:

Post a Comment