Pages

Friday, 19 August 2011

Memori kasih kita

Memori... Macam-macam yang kita dengar tentang perkataan memori...memori atau ingatan sesuatu yang sangat penting sehinggakan ada yang merana kerana hilang cebisan memori yang mungkin pada orang lain adalah sia-sia tetapi bagi sesetengah orang, sesuatu yang terlalu berharga...itu baru sikit... kalau dengar lagu lak...mak oih! banyak benar yang bercerita tentang memori sedih atau gembira... contohnya, lagu yang pernah dipopularkan oleh Nasir Wahab, Memori Cinta Luka... best kan lagu tu?

Haaa...ce fikir betul-betul... sepanjang kita bernafas di muka bumi Allah yang luas ni, Ambe memang sure yang semua orang pernah melalui pelbagai pengalaman, suka atau duka yang akhirnya terpahat kukuh dalam ingatan, menjadi satu kenangan samada suka atau tidak. Ambe sendiri akui yang hidup Ambe pun banyak dugaan...halangan...dan ada sesetengah perkara Ambe simpan sendiri, tak pernah Ambe kongsi dengan dengan sesape pun sebab bagi Ambe itu rahsia Ambe...patut Ambe simpan sendiri. lagipun, tak semua rahsia itu boleh dikongsi, kan???

Okay, berbalik pada cerita asal...sebenarnya, pokok pangkal cerita Ambe pada kali ini adalah gambar foto...selama kita hidup, mesti kita tak lari dari ambik foto... Ala, buat kenang-kenangan. Boleh wat tengok masa dah tua-tua nanti. Kita bukan bertambah muda, makin tua berkedut adalah... Kalau sekarang umur 20an seksok lusa sampai gak umur 40 tahun. Tapi bila zaman bertambah canggih, wujud le pulak kamera digital menggantikan kamera yang guna filem. Zaman dulu glamour benor le guna filem jenama KODAK etc.

Nak dijadikan cerita, sejak kecik-kecik, keluarga Ambe ni boleh ler dikatakan orang susah...orang kampung...biasalah, hidup pun bergantung pada sumber alam. contohnya menoreh getah gitu...takdelah mundur benor, majulah jugak seposen. Dulu-dulu, nak ambik gambar tu bukan main susah. nak beli kamera tu memang tak pernah wujud dalam kamus hidup. dan bila dapat ambik foto, foto tu tak tahan lama disebabkan kemendapan udara yang akhirnya merosakkan mana-mana gambar penting yang kami simpan.

Oleh kerana itu, bila Ambe dah masuk U, dah kenal dengan dunia luar serba sedikit, Ambe amik peluang dan belajar. Bila Ambe dah ada laptop sendiri, Ambe beli pulak telefon yang ada kamera. Senang sikit bila nak ambik gambar...bila Ambe dan simpan banyak2...betul2 treasure semua memori yang ada, ada lak yang cemburu. Laptop dengan semua barang komputer Ambe kena curi. habis semua gambar yang Ambe simpan bertahun-tahun dalam laptop hilang macam tu.

disebabkan musibah tersebut, Ambe jadi fobia sikit... bukan sikit, banyak la jugak. Sampai Ambe duk kelek, maksudnya, bawak ke mana aje yang Ambe pergi, Ambe bawak laptop dan semua barang berharga Ambe. Laptop? bukan laptop, netbook je. Tu pun adik Ambe yang punya. memandangkan dia masih sekolah, jadi Ambe ambik la dulu. Ala... tu pun adik Ambe dapat dari sumbangan Kerajaan Malaysia melalui Inisiatif  Jalur Lebar Negara. Pendek kata, ramailah pelajar sekolah menengah yang dapat. Dan adik Ambe merupakan salah seorang yang bertuah kerana berpeluang diberi netbook ni. Disebabkan kesempitan yang Ambe lalui, Ambe pun mintalah izin adik Ambe dulu. Alhamdulullah, dia tak kisah dan Ambe benar-benar bersyukur dengan sikap baik hati adik Ambe tu.

Ambe ada beli dua album gambar  besar. Kebetulan Ambe jumpa yang murah. dalam RM20/1 album. Ada lah dalam 40 pages, murah kan? Dan yang paling penting, cover album tu warna hijau. Sweet sangat. Nanti Ambe masukkan gambar album tu, bila AMbe dah cuci. Ambe pun dah sort of mana-mana gambar yang Ambe nak cuci. gambar-gambar yang lain, Ambe akan simpan dalam beberapa salinan. Manalah tahu, kalaulah ditakdirkan Ambe terkena musibah sekali lagi, sekurang-kurangnya Ambe ada yang mampu diselamatkan...

Sebagai kesimpulan, hargailah setiap memori yang kalian cipta kerana memori takkan berulang. Antara cara yang selamat untuk menympan memori adalah melalui gambar-gambar di dalam album yang diberikan nama dan title. dengan itu, mudahlah bagi kita untuk kembali mengimbas kenangan manis. Bagi kenangan pahit, jadikan teladan dan sempadan.

No comments:

Post a Comment